Tuesday 22 January 2013

Mokhtar tawar pakej ke OFB

Oleh Tamizam Abd Karim


APABILA disebut OFB, ramai pemancing kurang arif atau tidak tahu apa maknanya. Tetapi dengan menyebut Rumah Api - One Phantom Bank (OFB) - Permatang Sedepa maka pasti ramai yang tahu mengenainya. Rumah api ini yang berada di tengah laluan kapal kira-kira 27 batu nautika dari jeti Pelabuhan Klang menjadi nadi pergerakan kapal yang menyusuri Selat Melaka.
APABILA disebut OFB, ramai pemancing kurang arif atau tidak tahu apa maknanya. Tetapi dengan menyebut Rumah Api - One Phantom Bank (OFB) - Permatang Sedepa maka pasti ramai yang tahu mengenainya. Rumah api ini yang berada di tengah laluan kapal kira-kira 27 batu nautika dari jeti Pelabuhan Klang menjadi nadi pergerakan kapal yang menyusuri Selat Melaka.

Rumah api berfungsi sebagai pedoman kapal dagang supaya tidak tersasar di laluan yang salah. Di kawasan rumah api OFB terdapat sebuah bangkai kapal karang yang tersadai di beting pasirnya. Kawasan itu dikatakan tumpuan ikan selain di sekitar tiang konkrit rumah api itu sendiri.

Menyedari ramai pemancing bermasalah untuk mengunjungi rumah api ini, Mohd Nazami Mokhtar Abdul Aziz (gambar), menyediakan pakej memancing ke OFB sejak beberapa tahun lalu. Beliau yang lebih dikenali sebagai Tekong Mokhtar menawarkan perkhidmatan membawa kaki pancing berkunjung ke rumah api berkenaan. Bot gentian kaca 42 kaki itu mampu membawa 10 pemancing biasanya mengambil masa sejam 15 minit untuk tiba ke tempat terbabit. Sampan gentian kaca jenis pancung itu boleh bergerak dengan kelajuan maksimum 25 batu nautika sejam.

Selain rumah api, kapal karam menjadi destinasi pilihan tekong Mokhtar untuk membawa kaki pancing menduga ikan di kawasan itu. Antara ikan yang lumrah ialah talang, alu-alu, jenahak dan kerapu di samping tenggiri, gerepoh dan aruan tasik yang kadang-kadang turut menjadi habuan pemancing. Waktu malam pula sambil memancing, pengunjung berpeluang mencandat sotong yang gemar bermain cahaya dari rumah api berkenaan.

Bagi kaki yang tidak tahan mabuk laut, OFB adalah tempat yang sesuai bagi muka baru berjinak dengan aktiviti memancing di laut. Selain itu ikan selar, tamban dan cencaru turut digemari kaki pancing menggunakan set mata apollo yang di pancing dari rumah api. Selain ia dijadikan umpan hidup pilihan, ikan-ikan ini turut popular sebagai ikan hidangan. Sambil menunggu ikan besar menyentap umpan, hasil memancing apollo turut memberi kepuasan buat pengunjung.

Bagi tekong seperti Mokhtar, beliau biasanya akan memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada pemancing mengenai peralatan dan program memancing ke OFB ini. Persiapan seperti bekalan makanan, minuman, perubatan, keselamatan dan peralatan memancing boleh dirujuk kepada beliau jika pertama kali ingin mengunjungi lokasi cukup popular di kawasan Lembah Klang ini. Tekong Mokhtar boleh dihubungi: 019-3477766.


Source:  http://joran.bharian.com.my/

No comments:

Post a Comment