Tuesday 22 January 2013

Kenali kawasan sekeliling di lokasi baru

Oleh Nuri Angkasa



Photo Credit:  Google Images

SEBAIK tiba di lokasi memancing yang belum pernah diteroka sebelum ini atau dalam erti kata lain anda baru pertama kali turun memancing di kawasan itu maka kumpulan anda dinasihatkan supaya tidak terburu-buru mahu terus melakukan aktiviti memancing.
SEBAIK tiba di lokasi memancing yang belum pernah diteroka sebelum ini atau dalam erti kata lain anda baru pertama kali turun memancing di kawasan itu maka kumpulan anda dinasihatkan supaya tidak terburu-buru mahu terus melakukan aktiviti memancing.

Sebagai tempat baru, anda atau ketua kumpulan harus mengenali tempat itu terlebih dulu. Ini kerana dibimbangi kawasan berkenaan adalah perkampungan makhluk halus yang tidak mahu diganggu. Apa yang terbaik boleh anda dan kumpulan lakukan ialah dengan menunaikan solat sunat mohon perlindungan Allah daripada sebarang gangguan. Ialah, dalam perkara sebegini maka hanya kekuasaan Allah saja yang dapat menyelamatkan keadaan atau melindungi kita.

Di samping itu, kita harus meneliti atau meninjau keadaan sekeliling dan tidak merosakkan tumbuhan yang sedia ada dengan sengaja. Atau jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan ataupun celupar. Begitu juga dengan lokasi di laut yang kita sedia maklum bahawa laut adalah tempat buangan hantu syaitan, justeru pantang larangnya adalah ebih besar berbanding di darat.

Di laut, membuang sisa tulang ayam mahu pun saki baki makanan adalah dilarang mengikut petua adat resam orang tua terdahulu daripada kita.

Tindakan sebaik-baiknya ialah sisa makanan disimpan dalam satu bekas plastik (bukan dibuang ke laut) dan buang plastik itu sekembalinya ke daratan ketika kita pulang daripada aktiviti memancing.

Menyedari betapa pentingnya perkara yang dianggap remeh di kalangan generasi muda hari ini yang gemar pada aktiviti memancing maka adalah menjadi tanggungjawab bagi Pak Nuri untuk mengingatkan bahawa apa jua boleh berlaku jika ada unsur-unsur pantang larang dilanggar dengan sengaja.

Apapun, menidakkan pantang larang pada zaman moden ini tidak boleh dilakukan 100 peratus kerana ia masih berkait dengan makhluk halus dan syaitan. Justeru, langkah terbaik ialah menyerah diri kepada Allah (bertawakal) sambil mengharap petunjuk daripada-Nya.

Berdoalah dan minta perlindungan Allah sebaik tiba di lokasi sama ada di darat (hutan) mahu pun di laut, kerana sesuatu yang berlaku itu adalah atas izin-Nya juga. Jadikan doa dan solat sunat hajat sebagai petua yang harus diamalkan oleh kaki pancing sebaik tiba di lokasi memancing.


Full Article:  http://joran.bharian.com.my/

No comments:

Post a Comment