Saturday 2 June 2012

Ikan Belitong

Ikan Belitong

Ikan Belitong
frames
Pengelasan saintifik
Alam:Haiwan
Filum:Kordata
Subfilum:Vertebrat
Kelas:Ikan
Order:Perciformes
Famili:Carangidae
Genus:Caranx
Spesies:C. ignobilis

Ikan Belitong (bahasa Inggeris: Giant trevally) juga dikenali sebagai Ikan Turrum, dan Ikan Ulua. Nama sainsnya Caranx ignobilis.
Ikan Belitong mudah dikenali dengan kepala cembung besar dan pedunkel kaudal sempit dengan 2 lunas (keels) terdiri daripada kepingan-kepingan kurus timbul pada kedua bahagian akhit garis garis sisi. Terdapat bahagian bersisik bulat kecil pada bahagian dada di hadapan sirip perut, jika tidak tidak bersisik. Sirip dorsal pertama mempunyai 8 duri dan sirip dorsal kedua 17-20 duri lembut. Sirip dubur mempunyai 3 duri dan 15-17 duri lembut. Ekornya bercabang. Warnanya berbeza-beza tetapi biasanya kelabu biru dengan kecoklat-coklatan di belakang. Diapit oleh warna keperakan dan juga pada dibahagian perut.
Berat sekitar 60 kg tetapi biasanya 10-30kg.
Lebih menyukai kawasan tubir berbatu-batan, batu karang, dan dasar bercerun curam. Biasanya ditemui di sekitar pulau-pulau berbatu batan terpencil. Anak ikan biasanya membentuk kumpulan kecil tetapi ikan matang berenang tenang. Iakan yang sangat kuat melawan sekiranya dikail. Akan meragut kebanyakan umpan , tetapi lebih sering di kawasan tubir berbatu dan jigging. Biasanya dijumpai dengan pelbagai ikan jenis spesies Jack yang lain.
Banyak terdapat di kebanyakan kawasan Malaysia terutama pulau-pulau luar dan beting Laut China Selatan.


Source:  http://en.wikipedia.org/

More Stories:   http://blackboxfishtalk.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment