Monday 10 September 2012

Tenggiri sesat Pulau Salang

Tenggiri sesat Pulau Salang

Oleh Nuri Angkasa

Mohammad, Jafry dan Osman menunjukkan hasil tangkapan masing-masing.
Mohammad, Jafry dan Osman menunjukkan hasil tangkapan masing-masing.

























ENDAU: Selepas dua trip gagal memperoleh tangkapan lumayan dek bergelut dengan angin monsun, saki baki kumpulan Tuna Biru yang sempat dicekup saat-saat akhir, sekali lagi menjengah perairan Penyabong, Endau-Mersing. Kali ini misi berbekal harapan pelbagai spesies ikan didaratkan.
ENDAU: Selepas dua trip gagal memperoleh tangkapan lumayan dek bergelut dengan angin monsun, saki baki kumpulan Tuna Biru yang sempat dicekup saat-saat akhir, sekali lagi menjengah perairan Penyabong, Endau-Mersing. Kali ini misi berbekal harapan pelbagai spesies ikan didaratkan.

Penulis bersama Pak Abas dan Johari (Joe) dari Kuala Lumpur tiba di Penyabung kira-kira jam 1 pagi sebelum bergabung dengan empat rakan lain iaitu Osman, Jamal, Jafre dan Mohammad untuk bertemu tekong Taib di jeti perkampungan nelayan berkenaan. Bagaimanapun, ekspedisi ‘tersangkut’ lagi kerana keadaan cuaca masih buruk dengan sesekali deruan ombak yang keras kedengaran.

Tepat jam 3 pagi keadaan angin mula lemah dan kelibat tiga bintang dilihat muncul di celah awan. Dengan pantas, tekong Taib menghidupkan enjin dan meninggalkan jeti Penyabong menuju ke Tulai berhampiran perairan Salang. Selain perairan itu dihuni pelbagai ikan umpan, ia kaya dengan tambak serta cupak.

Berumpankan hirisan sotong segar, kami bersilih ganti menaikkan tetanda, anak kerapu, tambak dan jemuduk. Masing-masing begitu seronok hingga tidak sedar tong Coleman 64 qt yang dibawa sudah dipenuhi dengan ikan. Ikan bersaiz kecil dilepaskan semula ke habitat asalnya.

Sekali lagi, rancangan untuk memancing di kawasan Pulau Sepoi dan Pulau Labas terbantut apabila tanda-tanda cuaca buruk bakal menjelma. Ini menyebabkan tekong Taib mencari kawasan berteluk untuk berlindung jauh dari kampung Salang. Sebaik saja sauh diturunkan, angin Tenggara bertiup kencang dan kebanyakan pemancing memilih berehat serta tidur akibat kepenatan.

Osman yang menggunakan kekili multiplier dengan tali 50 paun mengambil kedudukan di belakang bot bersama penulis dengan menaruh harapan besar bertarung dengan ikan bergigi tajam seperti ikan tenggiri dan barakuda. Sambil menghirup kopi o panas, joran beliau beberapa kali menghenjut tetapi senyap seketika tanpa diusik hampir sejam lamanya.

Berkat kesabarannya, anak muda kelahiran Parit Wahit, Muar, ini akhirnya berjaya menaikkan seekor tenggiri sesat di perairan teluk berkenaan. Walau teluk bidan terjun itu bukanlah spot memancing, namun kawasan yang kami gelarkan, Teluk Hujung Malam nyata membuahkan hasil.

Seekor ikan tenggiri seberat enam kilogram berjaya dijinakkan, Osman tersenyum lebar kerana tidak menyangka tenggiri yang menyambar umpan selar hidup yang digunakannya. Manakala penulis dan tekong Taib berputih mata kerana tali perambut lima depa yang digunakan terputus akibat dikerat gigi tajam anak barakuda.

Menjelang subuh, cuaca bertambah baik. Pada masa sama, kumpulan ikan lolong (jenis selar bermata besar) menerjah dan kami menukar teknik pancing menggunakan apollo berwarna putih. Kami tidak dapat berehat kerana apollo sentiasa dipenuhi lolong sebaik saja diangkat.

Hajat untuk melawat unjam di bahagian tengah laut cuma dapat dipenuhi selama tiga jam saja. Ini kerana cuaca berubah semula dan kali ini bertambah buruk. Selepas mendaratkan beberapa belitung dan jemuduk bersaiz XL, kami terpaksa menamatkan ekspedisi kerana angin makin menggila.

No comments:

Post a Comment