Friday 15 February 2013

Mazoney arif di perairan Pulau Kapas

Oleh Osman Lisut


TEKONG yang bagus ialah mereka mahir dan berilmu pengetahuan menjejak lubuk ikan, mengetahui bacaan arus air, masa sesuai untuk memancing, pakar mengenai laut serta memahami kehendak pelanggan, pemancing. Di samping, mampu memberikan perkhidmatan terbaik dan hasil tangkapan lumayan setiap kali menganjurkan trip memancing.
TEKONG yang bagus ialah mereka mahir dan berilmu pengetahuan menjejak lubuk ikan, mengetahui bacaan arus air, masa sesuai untuk memancing, pakar mengenai laut serta memahami kehendak pelanggan, pemancing. Di samping, mampu memberikan perkhidmatan terbaik dan hasil tangkapan lumayan setiap kali menganjurkan trip memancing.

Bagaimanapun, hasil tangkapan tidak menjadi masalah kepada pemancing kerana mereka faham serta akur setiap rezeki datangnya daripada Allah. Walaupun sudah berusaha untuk mendapatkan hasil tangkapan lumayan, namun kalau yang Esa masih enggan memberinya, pemancing reda.

Pada masa yang sama, tekong yang ramah, bertanggungjawab dan mudah berurusan sering menjadi rebutan kaki pancing, memandangkan mereka lebih senang berkomunikasi sama ada di darat ketika membuat tempahan, mahupun di laut ketika turun memancing.

Bagi Mazoney Mohd, 36, (gambar) berkata, pemancing umpama taukeh di atas bot dan apabila tempahan sudah dibuat, menjadi tanggungjawab tekong membawa mereka ke lubuk yang dikehendaki, di samping menyediakan peralatan tambahan seperti yang dikehendaki.

“Menjadi kebiasaan, saya akan bertanya terlebih dulu apa yang ingin dipancing pelanggan. Saya akan mencadangkan masa dan lokasi yang sesuai. Jika ada pemancing mahupun mereka dibawa ke tempat lain, saya akan mengikutnya.

“Namun, pemancing juga perlu akur dengan nasihat tekong dan mengetahui keadaan air terlebih dulu sebelum menempah bot. Jika tidak, sia-sia saja trip yang disertai dan jangan dipersalahkan saya kerana sebelum ini nasihat sudah diberikan,” katanya.

Mewarisi pengalaman daripada bapanya yang juga seorang nelayan bubu suatu ketika dulu, Tekong Mazoney amat arif mengenai perairan Marang terutama di sekitar Pulau Kapas dan Pulau Gemia yang terkenal dengan spesies aruan tasik, jemuduk, ebek dan kerapu.

Walaupun ikan berkenaan tidaklah bersaiz mega berbanding perairan lain, namun aksi ganas aruan tasik dan ebek sudah cukup meletihkan kaki pancing yang baru-baru berjinak-jinak dalam hobi berkenaan.

Mazoney berkata, walaupun tugasnya sepenuh masa adalah memasang bubu di perairan berkenaan, namun jika ada tempahan atau rakan memintanya membawa kumpulan pemancing, beliau tidak akan menolaknya.

“Itu juga rezeki... kalau hendak harapkan hasil tangkapan bubu kadang kala tidak mencukupi. Lebih-lebih lagi musim tengkujuh di mana nelayan tidak turun ke laut dan menghabiskan masa di rumah memeriksa dan membaiki bubu atau jaring rosak,” katanya.
Selain menggunakan peralatan moden untuk mengesan ikan di dasar laut serta kedalaman air, Mazoney dapat menggunakan gerak rasa dan hati untuk mengesan sesuatu sama ada buruk atau baik yang bakal berlaku. Ini satu rahsia baginya yang tidak boleh dikongsi dengan orang lain.

Beliau berpegang kepada amalan merendah diri dan bertanggungjawab ketika berada di laut. Sikap begini sekali gus memberi kepuasan kepada pemancing dalam semua aspek sambil terus membantu tekong untuk mendapatkan lokasi yang terbaik.

Mereka yang ingin merasai pengalaman memancing di sekitar perairan Marang (Pulau Kapas) boleh menghubungi 019-9637879.


Source:   Joran

No comments:

Post a Comment