Friday 11 January 2013

Enjin sangkut guna gas memasak ganti petrol



SALAH seorang pegawai penyelidik menunjukkan enjin sangkut yang menggunakan gas memasak kepada Ahamad Sabki Mahmood (kanan) di Bukit Mertajam, semalam.

BUKIT MERTAJAM 6 Nov. - Sekumpulan pegawai dari Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Kampung Acheh, Setiawan, Perak berjaya menghasilkan enjin sangkut menggunakan cecair gas petroleum (LPG) bagi menggantikan penggunaan minyak petrol dan diesel.
Penghasilan enjin sangkut yang menggunakan gas itu dijangka dapat membantu meningkatkan penggunaan teknologi hijau dalam industri perikanan marin negara.
Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Datuk Ahamad Sabki Mahmood berkata, penciptaan inovasi tersebut turut membantu mengurangkan kos operasi nelayan di pinggir pantai.
"Kos penyelenggaraan dan operasi enjin sangkut yang menggunakan gas memasak atau LPG ini dapat dikurangkan sebanyak 20 peratus berbanding penggunaan petroleum atau diesel sebelum ini.

No comments:

Post a Comment