Thursday 25 October 2012

Petua

Jaga peralatan memancing seperti isteri

Oleh Nuri Angkasa

MENYAYANGI peralatan memancing jangan sampai melebihi daripada menyayangi isteri atau keluarga. Ini kerana kebahagiaan berumah tangga bergantung pada pasangan suami isteri dan anak. Namun menjaga peralatan memancing adalah satu amalan baik kerana peralatan yang berada dalam keadaan yang baik pasti dapat menjamin hasil tangkapan yang baik selain keselamatan pemancing itu sendiri ketika berada di tengah laut.


MENYAYANGI peralatan memancing jangan sampai melebihi daripada menyayangi isteri atau keluarga. Ini kerana kebahagiaan berumah tangga bergantung pada pasangan suami isteri dan anak. Namun menjaga peralatan memancing adalah satu amalan baik kerana peralatan yang berada dalam keadaan yang baik pasti dapat menjamin hasil tangkapan yang baik selain keselamatan pemancing itu sendiri ketika berada di tengah laut.

Peralatan yang perlu dijaga dengan rapi terutama peralatan seperti mata kail, pisau, tali perambut, kekili dan joran dapat memainkan peranan penting dalam masa melakukan aktiviti memancing.

Kebaikan ini dinyatakan sendiri oleh beberapa orang ahli pemancing antarabangsa ketika memberikan pendapat yang boleh diguna pakai atau jadikan petua.

Menjaga alat memancing sangat perlu dilakukan sebelum atau selepas melakukan aktiviti memancing kerana peralatan ini dapat menjamin keselesaan memancing walaupun berdepan spesies ikan besar, kata Pak Dol sambil mengakui peralatan yang kurang sempurna dan keadaan yang dilakukan dalam kelam kabut pastinya menjadikan suasana memancing lebih buruk.

Justeru, Petua Pak Nuri kali mengajak kaki pancing sama ada memancing di laut mahu pun di sungai, tasik atau paya supaya mempunyai sikap sayang kepada peralatan memancing dan meletakkan tahap penjagaan yang rapi pada setiap masa dengan tidak meninggalkan peralatan di sudut dapur atau ruang yang tidak berjaga hingga berbulan lamanya.

Sikap buruk begini bukan saja pemancing berdepan dengan tidak dapat merasa keselesaan memancing malah akan berputih mata kerana dengan mudah diputuskan tali perambut yang sudah lapuk. Bukan begitu caranya kita menyayangi peralatan memancing dengan membiarkan tanpa diusik dan mengambilnya semula bila diperlukan.



“Itu bukan sayang, tapi kejam,” tambah Pak Dol lagi yang mempamerkan peralatan memancingnya yang disusun rapi dalam sebuah bilik di rumahnya. Joran memancing laut diasingkan daripada joran memancing sungai dan tasik. Begitu juga kekili ditempatkan berasingan.

“Bilik ini tak siapa pun dibenarkan masuk,” tambah isterinya sambil menjeling sinis pada Pak Dol yang tersenyum sambil ketawa.

“Kita kena sayang dan menjaga baik joran pancing dan peralatannya seperti menjaga isteri barulah dapat mesranya,” kata Pak Dol yang penuh makna.

Pengakuan ini memberi erti yang mendalam sambil mengharapkan pemancing harus menyayangi peralatan memancing seperti sayangkan isteri supaya dapat bermesra dan berjaya meraih rezeki lumayan - InsyaAllah.

Sumber:  http://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Petua/20090508112613/Article/index_html

No comments:

Post a Comment