Sunday 16 September 2012

Punggah dua dozen tenggiri tuas

Oleh Abu Bakar Ali


(DARI kiri) Tekong Wan Ahmad, Cikgu Mi, penulis dan Sidek menunjukkan tenggiri yang dipancing di tuas dalam perairan Yan, baru-baru ini.
(DARI kiri) Tekong Wan Ahmad, Cikgu Mi, penulis dan Sidek menunjukkan tenggiri yang dipancing di tuas dalam perairan Yan, baru-baru ini.




















YAN: Angin bertiup perlahan diiringi ombak kecil. Ini keadaan yang paling digemari pemancing dan nelayan untuk menguji beberapa tuas (unjam) di sekitar perairan daerah ini yang popular dengan tenggiri.
YAN: Angin bertiup perlahan diiringi ombak kecil. Ini keadaan yang paling digemari pemancing dan nelayan untuk menguji beberapa tuas (unjam) di sekitar perairan daerah ini yang popular dengan tenggiri.

Penulis bersama tiga rakan dari Petaling Jaya iaitu Haji Yusof, Kamal dan Sidek berkesempatan mengunjungi tuas di sini ditemani Tekong Wan Ahmad yang juga anak jati Yan bersama Cikgu Mi.

Sebenarnya hasrat hendak ke tuas sudah lama dipendam. Namun ketiadaan hubungan (tekong atau pemancing yang dikenali), membuatkan ia hanya sekadar perancangan. Sehinggalah, apabila seorang kenalan baik yang secara kebetulan pernah ke sana, memberikan nama dan nombor telefon Tekong Wan Ahmad kepada penulis untuk dihubungi.

Dalam perjalanan kami memasang angan-angan hendak menarik seberapa banyak tenggiri. Ini kerana sebelum itu ada pemancing pernah mendapat lebih 10 ekor tenggiri jika kena air dan umpan.

Justeru, langkah pertama sejurus bot bergerak ke lokasi ialah mencari umpan hidup yang menjadi kegemaran tenggiri.

Setibanya di tuas pertama, kelihatan sekumpulan burung camar berlegar-legar di atas buluh menandakan terdapat anak ikan atau umpan di situ. Apa lagi, penulis dan rakan-rakan tidak sabar-sabar menghulur pancing apollo bagi mencari selar kuning, kembung dan cencaru.

Hampir penuh tong Coleman 54 Qt dan pada masa yang sama, penulis sempat menghulurkan belon bagi teknik pancing apungan. Ternyata usaha itu tidak sia-sia, tidak sampai lima minit, belon pecah yang menandakan ada ikan sudah mengena.

Akhirnya tumpas seekor tenggiri. Selepas ditimbang beratnya kira-kira 4 kilogram (kg). Ini sudah cukup memuaskan hati kami. Dalam asyik membicarakan tangkapan penulis, giliran joran Kamal pula diragut tenggiri.

Selepas hampir lapan jam memancing, penulis bersama rakan kembali ke jeti. Apabila dikira, kami memperoleh 24 ekor tenggiri dengan berat antara 4 hingga 8 kg seekor. Kami menganggap trip mencatatkan tangkapan paling lumayan.

Kami kemudian dipelawa ke rumah Tekong Wan Ahmad untuk mandi dan menikmati juadah petang sebelum meneruskan perjalanan pulang ke ibu negara.



Sumber Artikel:  Joran
More News: www.GoFishTalk.com

No comments:

Post a Comment