Tekong
KUALA BESUT: Sebut saja Pelantar Minyak, terbayang kaki pancing akan kehebatan tekong Abdul Ghani Ahmad @ Pak Hitam, yang pakar mengesan lubuk ikan merah, jenahak, kerapu, jemuduk, ebek dan sebagainya.
KUALA BESUT: Sebut saja Pelantar Minyak, terbayang kaki pancing akan kehebatan tekong Abdul Ghani Ahmad @ Pak Hitam (gambar), yang pakar mengesan lubuk ikan merah, jenahak, kerapu, jemuduk, ebek dan sebagainya.
Nama lelaki berusia separuh abad ini bukan saja sering bermain di bibir kaki pancing, malah pakej menariknya menjanjikan hasil tangkapan amat lumayan, menjadi penarik hingga menyebabkan beliau sering ditempah.
Ini terbukti sehingga Jun depan, bot beliau sudah ditempah kaki pancing sama ada dari Lembah Klang, Johor Bahru, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Malah, pemancing Singapura juga turut mendapatkan khidmatnya untuk memancing di sekitar pelantar Minyak.
Pak Hitam berkata, beliau aktif menjalankan pakej memancing sejak 1999 selepas diminta seorang rakan kerana dia ketika itu tak boleh membawa kaki pancing kerana kurang sihat.
“Sebenar saya hanya tekong nelayan yang sekadar menangkap ikan di perairan yang jauhnya lapan batu nautika dari pantai Kuala Besut. Bagaimanapun, selepas menjadi tekong bidang terjun, saya terus bergerak aktif menawarkan pakej memancing.
“Pengalaman luas dengan perairan Kuala Besut, ditambah pula dengan memiliki lebih daripada 200 lubuk ikan bersaiz XL, menjadikan saya orang pilihan pemancing. Tidak pernah ada orang merungut atau melahirkan rasa kecewa apabila pergi memancing dengan saya, rata-rata memuji dengan hasil tangkapan di lubuk yang dibawa,” katanya.
Antara lokasi kegemarannya ialah Karang Luas, Karang Wahab, Unjam Pak Hitam, Karang Haji Rahman, Lubuk 10 minit dan banyak lagi. Malah kewujudan spesies ikan tenggiri, kerapu, merah, ebek, tambak dan banyak lagi ikan bermutu di kawasan karang di sini mampu memberi kepuasan kepada pemancing dan nelayan amnya.
Bot kayu sepanjang 50 kaki berpangkalan di jeti nelayan Kuala Besut, biasanya mengambil masa lebih 12 jam untuk ke destinasi dan selesa dengan membawa 10 pemancing pada satu trip.
Menariknya Pak Hitam ialah, sepanjang perjalanan ke destinasi utama, beliau akan singgah di beberapa unjam atau karang laut bagi mencari umpan. Jika bernasib baik ikan besar boleh didapati.
Jika ada pemancing ingin merasai tarikan ganas merah pucat bersaiz besar, hubungi Pak Itam: 019-9403715.
Sumber Artikel: Joran
More News: www.GoFishTalk.com
No comments:
Post a Comment