Tekong
Ikan Langkawi tak habis dipancing
Oleh Nuri AngkasaKhuzaimi Kassim |
PULAU Legenda Mahsuri, Langkawi menempatkan puluhan pulau yang menjadi mercu tanda bagi nelayan untuk mencari rezeki. Gugusan pulau itu menjadi rahsia bagi mereka kerana di lokasi inilah nelayan tempatan mencari makan.
PULAU Legenda Mahsuri, Langkawi menempatkan puluhan pulau yang menjadi mercu tanda bagi nelayan untuk mencari rezeki. Gugusan pulau itu menjadi rahsia bagi mereka kerana di lokasi inilah nelayan tempatan mencari makan.
Tekong kelahiran Pulau Tuba antara yang mempunyai pengalaman luas di laut sebelah sini. Malah mereka meneroka hingga ke sempadan perairan negara jiran Thailand. Namun bagi seorang anak muda yang lahir di pulau itu - Khuzaimi Kassim, 40, atau dikenali sebagai Tekong Mee, menganggap laut adalah sumber rezeki yang tidak pernah habis walau sebanyak mana penghuninya dikaut para nelayan.
Tekong Mee yang sudah beristeri dan mempunyai tiga anak masih lagi memberi harapan pada laut. Pulau yang dihuni spesies ikan karang itu menjadi tempat beliau menimba rezeki. Beliau juga seorang pelaut bersemangat tinggi.
Beliau yang ditemui di Langkawi baru-baru ini, melahirkan harapan untuk mengembangkan khidmat membawa pemancing di sekitar pulau di perairan gugusan pulau itu yang pastinya akan dapat menjamin kepuasan memancing. Beliau mempunyai beberapa buah bot gantian kaca yang boleh memecut laju ke lokasi berdekatan. Selain itu, beliau turut memiliki bot nelayan yang boleh membawa pemancing lebih jauh dengan muatan 10 pelanggan pada satu masa.
Seperti tekong lain, Khuzaimi akan sentiasa memastikan pelanggan yang dibawa mendapat kepuasan memancing dan pulang membawa hasil tangkapan lumayan. Pada masa sama, beliau tetap sentiasa menitik beratkan keselamatan pemancing ketika di laut.
Beliau disenangi pelanggan kerana sifatnya yang peramah dan rajin menunjuk ajar teknik memancing yang berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain.
“Lokasi di sini kalau kena lubuknya kita tak payah pindah randah kerana ikan berkumpul dalam satu kumpulan yang banyak dan tidak cepat melarikan diri ke lubuk yang lain. Cuma kita mesti melabuhkan umpan dengan pantas,” kata Tekong Mee sambil mengharap untuk membawa penulis ke lubuk ikan jenahak bersaiz besar.
“Ikan di perairan Langkawi tak habis dipancing. Kita tak payah pergi ke negara jiran,” kata Tekong Mee menutup cerita sambil tersenyum memandang penulis yang mengerti dengan senyuman anak pelaut itu. Pemancing yang mahu khidmat beliau boleh menghubungi: 012-4043250/012-4820250.
Sumber Artikel: http://joran.bharian.com.my/Current_News/Joran/News/Tekong/20090206100408/Article/index_html
No comments:
Post a Comment